Wednesday, January 12, 2011

Kalendar UiTM

Kalendar UiTM tahun 2011 ni cantik la..penuh dengan kata-kata azimat..i like!!!

JANUARI
(Pengorbanan)

"Ketahuilah wahai anak bahawa bermulanya sebuah kehidupan adalah melalui rahim seorang ibu, maka tiadalah jalan lain ke syurga melainkan keredhaan ibumu"




FEBRUARI
(Cita-cita)
"Keazaman dan iltizam untuk berjaya menjadi pemangkin dalam mencorak sebuah kehidupan yang sempurna"





MAC
(Perjalanan)
"Segala halangan dan kepayahan adalah sebagai pembakar semangat dalam meniti perjalanan menuju puncak sebuah kejayaan"




APRIL
(Kepercayaan)
"Percayalah bahawa berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk melangkah ke hadapan"





MEI
(Kecekalan)
"Kesungguhan dan kegigihan bukanlah penentu arah tuju tetapi ianya menentukan bagaimana seseorang itu bermula"




JUN
(Disiplin)
"Ketegasan ayah bukanlah kerana benci tetapi ianya adalah senuah kasih sayang untuk membentuk sebuah keperibadian yang mulia"



JULAI
(Perjuangan)
"Segala keringat seorang ayah demi sesuap nasi pastinya hilang tatkala melihat lelah perjuangan seorang anak mencapai kejayaan hidup"



OGOS
(Semangat)
"Bangkitlah wahai bangsaku, jagalah pusaka perjuangan ini dengan tiupan semangat patriotisme yang membara di jiwa setiap anak merdeka"



SEPTEMBER
(Berdikari)
"Kehidupan bukanlah suatu kesenangan yang berterusan kerana segala kepayahan dan kesukaran itulah yang menjadikan seseorang itu matang untuk hidup berdikari"



OKTOBER
(Kerjasama)
"Usaha yang nurbi jika disertai dengan hati yang ikhlas dapat memupuk diri untuk sedia membantu dalam apa jua keadaan"
NOVEMBER
(Beramal)
"Sesungguhnya ilmu dan ibadah itu adalah tuntutan agama, maka setiap amalan yang dilakukan haruslah berlandaskan ilmu agar tidak terpesong dari kebenaran"
DISEMBER
(Kejayaan)
"Bahagiakan kedua orang tuamu dengan sebuah kejayaan yang berbekalkan ketekalan matlamat masa depan"

FALSAFAH
Seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara

gambar-gambar adalah sebagai perlambangan sahaja..tq

credit to Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dan empunya gambar-gambar.















No comments:

Post a Comment